Thursday, October 9, 2014

Supermakwannabe as a gardener



Assalamualaikum...

According to Wikipedia, A gardener is someone who practices gardening, either professionally or as a hobby. He or she will take care of the garden and has gardening skills per se.

So, I am a gardener too! I grow my own crops (jangan muntah darah dulu...I do have some tanaman okay) and now adding flowers into the list. Tapi kan....I forgot to ask the supplier apa kah nama pokok bunga ni! All I know, it's easy to take care. Tahan panas, outdoor type of plant. Kadang-kadang boleh la letak baja taik ayam ke kambing ke. Siram tu kalau miss pun tak pe lagi sebab dia memang tahan lasak.

Sepokok RM5 I beli dekat Yah Nursery Seksyen 27 Shah Alam. Sebab lupa tanya nama pokok bunga ni, soon nak kena repeat the trip. Ada modal boleh tambah sejenis pokok bunga lagi...

Who else here suka bercucuk tanam angkat tangan? :p

They say, gardening is a good therapy. It makes us feel renewed. Imagine the beautiful flowers blossoming...dengan warna yang cantik sejuk mata memandang... arrrghh rasa best kan? Jangan ingat shopping je theraphy okay!

Tata..


p/s: I already have belalai gajah, terung, kunyit and limau purut in my kebun...

Tuesday, October 7, 2014

Selamat Hari Raya AidilAdha 2014

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dapat balik kedua-dua kampung sempena cuti AidilAdha yang lalu. That was a last minute decision.. Bertolak pukul 11.30 malam hari Jumaat from Subang Jaya....5.15am baru sampai Parit Buntar. :p Petang Sabtu bertolak balik ke Lenggong pulak..sampai dalam pukul 9 lebih malam.

Esoknya antara acara kemuncak adalah penyembelihan lembu untuk ibadah korban. Tu la dia lembu nya.


Ambil masa juga nak tumbangkan lembu seekor ni. Kalau tak kena gaya mahu terlepas tali tambatan tu. Ada teknik rupanya nak bagi lembu jatuh ke posisi duduk supaya senang disembelih. Pernah tengok tak?


Kusyuk Idrees tengok lembu tu dah siap dibaringkan. Kaki dan tangan telah pun diikat rapi. Masa ni, kejap-kejap Idrees pusing belakang...riak muka macam nak cakap kesian lembu tu! Teringat masa kecik-kecik dulu, mak pesan jangan sebut kasihankan binatang yang nak dimakan. Nanti, tak boleh makan! Hehehehhe...


Kami semua adik beradik termasuk mak sekali...di barisan hadapan tengok lembu disembeli. Aduh...memang tak sampai hati. Kagum dengan Pakcik Mat Pak Teh Man tu, hebat dia sembelih...yakin dan tak ragu-ragu langsung. Tengok muka kami masing2...tak perasan I asyik pegang leher je sampai selesai sembelih. Huhuhuhuu..


Sekian cerita hari raya korban tahun ni. Kali kedua tanpa arwah abah di sisi. Al-fatihah buat arwah abah.

Thursday, October 2, 2014

Percutian 6D5N to Hong Kong (Halal tour free and easy) - Day2

Previous Related entry on itinerary (here), checklist (here) and Day 1 (here).

Assalamualaikum & Hi,

Maaf sangat sebab ambil masa agak lama sebelum sambung cerita pergi Hong Kong hari tu. OK jom ikuti cerita hari kedua... plan nak pergi Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick, lepas tu The Peak Tram, Stanley Market then balik hotel dulu sebelum keluar balik pergi Ladies Night Market. Hehehhe, tapi yang dapat pegi cuma Masjid & Stanley Market je kalau ikut tentative itinerary tu...

just read on what we actually bumped into..so blessed!


Pagi tu bangun lewat. Masing-masing penat. Walaupun curtain kat bilik saja buka luas sebab mengharapkan panas cahaya matahari menyebabkan mata nanti tak boleh lagi terus tidur. Tapi ternyata salah percaturan. Kepenatan semuanya...

Lepas bersiap, kids sempat alas perut minum milo 3in1 dan makan bun. Then off we walked about 3-5 minutes away nak ke MongKok East MTR station. Dah alas perut tapi nampak 7-11 masa otw tu masih nak beli air minuman. Satu botol cost HKD8-10. MTR Station ni nampak lama and its underground. Sesak nafas rasa..gelaaaaappp sikit.


Hari ni cabaran nya nak naik public bus menyeberang ke Hong Kong Island to go to Wan Chai district where the masjid is located. Salah ambil bas. We stopped ntah mana hala. Dah jenuh terkial-kial nak cari orang tanya arah. :p Butttttt we still made it finally!

The masjid, like any other building. Easily mistaken for kedai ke apa. sebab tak ada kubah (if not mistaken). Few stories building converted jadi masjid. Ada tempat sembahyang, tempat aktiviti....dan yang menarik nya tingkat 5 ada kedai makanan muslim yang sedap. So we had brunch there..We ordered dimsum, nasi goreng and noodle. Portion dia besar, so can share. Lupa pulak nak ambil gmbr dalam restoran tu. Allahuakbar. I guess sebab terlupa tu because masa sampai tu ramai orang and we didn't immediately get our table. Pusing2 tanya then ada satu meja kosong right at hujung restoran. After we settled down nak order, ada couple came to sit with us. Well the table can have 8 ppl I think it's a big round table. Looks like malay couple.

MrBawsMan biasalah dia peramah satu malaysia...dia started conversation..the next was history! Immediately we clicked and lepas makan...sama-sama jalan ke Causeway Bay...nak naik minibus ke Stanley Market. Rupanya Stanley Market tu dihujung island. Amik kau! kekekekke..Adam and Idress so excited ada Uncle Shy and Aunty Sha yang rajin melayan diorang borak this and that.


Stanley Market tu macam Jonker Street lah. Ada macam2 jualan. I bought printed animal printed shawl gambar kucing, kitten and bird. Alah lebih kurang harga kat sini je. Saja beli sebab I think tak jumpa pulak corak tu kat sini. Heheheheh..tak membeli sangat pun. Bukan primary purpose to go there and shop. We enjoyed the scenery and jalan2.

Masa balik naik bus double decker. Best ah macam naik roller coaster pun ada rasa! Imagine the road bit winding and jalan tepi2 bukit and nampak laut! Tapi sebab perjalanan took more than 1.5 hrs ....penat jugak lah dah mengembara seharian. Balik tu pergi pulak Chungking Mansion dekat Tsim Sha Tsui district where we had our dinner. Nama kedai Syed Bukhara (Malaysian made :p) Wow, memang banyak makanan halal kat Chungking Mansion tu.


Dah lepas makan, we went separate ways. Sha and Shy balik ke rumah mereka di Hung Hom. And we walked again (despite dah penat sebab ingat dekat...rupanya jauhhhhhh) nak pegi Temple Street. Pegi situ another night market like Petaling Street. Kids beli remote control car. Sheesh..ada je barang diorang nak beli. Mom and dad didn't buy anything pun....

That was last stop sebelum jalan..jalan..jalan somewhere to find our ways to nearest MTR station and balik ke hotel. Fuhhhh, that was a blessed Day 2 to having meet up with new friends and jalan-jalan with them. Alhamdulillah.